Tuesday, 19 November 2013

I'm back....

Assalamualaikum semua....
 ...MISSED ME...
hahaha...lama bebenor ye ummi menghilangkan diri. 
Saje-saje je nak hibernate sekejap....kwang...kwang...kwang :-)

Ummi sebenarnya sibuk jahit, ambil tempahan jiran2 & customer drp facebook.
Tu sebabnya ummi takdok masa nak update blog ni.
Bukan malas ye tau....

ok la nanti ummi nak upload gambar baju2 yg telah dijahit.
Ummi nak jual antara baju tu, agak2 ada nak beli tak.

Sape-sape yg lawat blog ummi ni, jika ada berkenan dgn baju yg ummi jahit
contact ummi segera at no 0199871663
@ pm ummi di Butik Ummi

Dalam page ummi semua koleksi jahitan terbaru ada ummi upload,
cuma tak sempat nak upload kat blog ni je.

ok tata semua, jom jenguk kat page ummi tu ye

Salam sayang semua ;-)


Saturday, 25 May 2013

As salam semua. 
Ummi nak cocet lagi....baru ni ummi cuba jahit benda baru iaitu
reben & kolar baju kanak2. Jadi la juga walaupun first time jahit....nak tau ummi belajar kat mana....
youtube la mana lagi, ummi takde masa nak belajar kat orang lain.

Nak tengok hasilnya...jom lihat hasilnya


Simple je nak buat ni. Gunting kain1 potong empat segi sama or empat segi tepat untuk reben & 
gunting kain2 untuk yang tengah. 
Jahit jelujur di tengah kain1 tu,  tarik benang untuk jadikan kedut. Lepas tu ikat dengan kain2 & jahit. 
Maka jadi la seperti dalam gambar.

Sekarang ummi nak tunjuk pula kolar pada baju kanak2. 
 

Yang ni ummi ikut contoh baju anak ummi yang lama.
Draw gambar half moon je, gunting & jahit, then jahit pada baju....senangkan ;-)

Tata...kita jumpa lagi...

Sunday, 12 May 2013

Baju kanak-kanak 2


Assalamualaikum semua, rindu la pula....hehehe
ummi nak show lagi antara baju kanak2 yang sudah jahit



Patern 7

 Patern 8

Patern 9

Ni utk pasangan kembar anak jiran 



Friday, 12 April 2013

Peplum blouse & flare skirt utk kakak

As salam, ummi baru sudah menyiapkan 
sepasang baju peplum & skirt untuk kakak, 
anak ummi yang sulung.
Saiz badan kakak memang besar macam budak sekolah menengah,
walaupun dia masih lagi darjah 5 di sekolah rendah.

Jom tengok hasilnya.....tada....


Ini bajunya, kain cotton corak bunga kecil. Color yang lembut dan cantik.


  

Ummi mix dengan color pink untuk skirt, sweet sangat. Rasa cantik kombinasi color macam ni
mix and match.

Thursday, 4 April 2013

Saturday, 23 March 2013

Peplum dress + long pants

Assalamualaikum semua.

Taa da...siap juga.
Inilah hasilnya....peplum dress with long pants, antara project yang ummi war-warkan sebelum ini.
Anak ummi ni tak suka pakai kain or skirt, rimas katanya. Alternatifnya ummi buatkan seluar untuk dia. Anak ummi ni cerewet & dia suka yang ringkas.


Patern 6


Comel jugakan. Biasanya orang akan padankan dengan kain/skirt duyung. Tapi ummi nak cari kelainan sikit untuk anak ummi boleh pakai hari-hari.
Memang dia suka sangat.....
bila dia pakai she said 'sukeee, muah luv u'....kata-kata penghargaan seorang anak kepada umminya
(rasa nak nangis juga...dalam senyuman)

Sunday, 17 March 2013

Peplum oh peplum

Tengah 'hot' sekarang blouse peplum ni kan. 
Ummi try jahit utk anak perempuan ummi yang sulung.


Rata-rata ummi lihat blouse peplum mesti mengunakan material kain yang lembut seperti chiffon & lycra.
Nak cari kelainan, Ummi guna kain cotton. Ok jugakan. 
Jadi juga kembang payung nye itukan. Tak nampak keras pun.


Anak ummi panggil blouse ni blouse skirt.....hehehe. 
Ikut suka la anak ummi :-)

Projek terbaru


coming soon...

kita panggil peplum 

Utk anak ummi umur 2 thn 5 bln 

nanti kita tengok bila dah siap...ok

Wednesday, 13 March 2013

Baju kanak-kanak


Bismillahirrahmanirrahim
&
Assalamualaikum

Kali ni ummi nak tunjukkan pula baju kanak-kanak yang telah dijahit. Ummi jahit untuk anak perempuan ummi yang berumur 2 tahun 4 bulan. Semua baju ini dijahit pada tahun lepas.


Paten 1

Paten 2

Paten 3


Paten 4

Paten 5

InsyaAllah akan datang ummi nak jahit pakaian untuk kanak-kanak lelaki pula.

Tuesday, 5 March 2013

Sejarah

Busy...busy...busy...Ya ampunnn...sibuknye ummi ni ye. Ni pun ummi ambil masa sikit nak menulis blog lagi (rindu nak tulis mcm2...heeleh)
Ok la...kita sambung story lagi. Macam mana ummi tahu menjahit...mungkin bakat daripada emak ummi. Emak ummi memang pandai menjahit walaupun hanya pandai menjahit baju kurung & ada mengambil tempahan jahitan daripada orang kampung.
Sebab suka tengok emak jahit baju & belajar sikit-sikit daripada emak, maka dengan sendirinya ummi sudah pandai jahit baju ketika ummi tingkatan 3 lagi (baju kurung je...). 
Lepas SPM, ummi ada belajar jahit secara tak formal dengan seorang makcik tukang jahit (lupa nama dia). Kedai tu dekat dengan sekolah ummi dulu. Selalulah ummi intai-intai dalam kedai makcik tu tengok dia menjahit...dia ada offer kerja sambil belajar pada ummi bila dah habis SPM nanti. Haha...apa lagi ummi setujulah & terima tawaran makcik tu.
Huhuhu...tak lama pun ummi kat kedai tu (anggaran dlm 2 bulan mcm tu), memang tak banyak mana ilmu jahitan ummi belajar dengan makcik tu. Lepas tu ummi dapat tawaran sambung study kat Uitm & UM. Memang rasa berbelah bahagi masa tu...nak teruskan jahitan atau sambung study. Akhirnya ummi pilih sambung belajar. Maka jahitan terbiar macam itu sahaja....

Ok la ummi nak tunjuk lagi jahitan seterusnya...

Blouse ni adalah jahitan ke 2 ummi. Kain ni  ummi beli online. Material english cotton & memang best. Kain ni corak paisley. Ummi jatuh cinta betul dengan corak paisley ni. 

 Close up


Ni jahitan ke-3. Material viscose, bukan jenis yang mudah reput tu, jenis teguh & tak mudah koyak. Tapi yang sukenya ummi dapat beli murah...hahaha. Siapa nak boleh contact ummi kalu nak kain jenis ni ye.

Jahitan ke-4, peasant blouse. Hahaha...first time jahit blouse jenis ni. Belajar jahit ni melalui internet, jadi juga ummi buat.


Blouse ni jahitan ummi ke-5. Kombinasi color sangat sweet. Ummi design sendiri & suka sangat jahitan ni.


Setakat ni aje dulu ummi upload gambar jahitan ummi. Nanti ummi akan upload lagi sebab ummi ada hal lain pulak. Kita jumpa lain masa, tak sabar nak show lagi jahitan ummi ni...

~Tata~

Friday, 1 March 2013

Jahitan pertama

Assalamualaikum
Lama juga ye ummi tak update blog ni. Sibuk menguruskan hal-hal harian yang tak pernah habis.
Ummi menjahit bila ada masa terluang sahaja. Kadang-kadang tu ambil masa berhari-hari juga nak siapkan satu jahitan ni.
Ok la ummi nak tunjuk hasil jahitan ummi yang pertama. Hahaha....penangan lepas beli mesin jahit pada masa tu (tahun lepas). Bersemangat sungguh...hati berbunga-bunga. Macam-macam rancangan dalam kepala ni...nak jahit itu...nak jahit ini.


Ini dia hasil jahitan ummi yang pertama...jeng...jeng. Ummi guna kain cotton. Corak bunga ros kecil...nampak klasikkan. Suka sangat dengan kain jenis cotton ni sebab ia menyerap peluh dengan baik, berbanding dengan kain jenis yang lain.



Ok la sampai sini dulu...ummi ada urusan lain nak dibuat. Nanti ummi sambung cerita lagi...tata

Monday, 25 February 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Blog ini dibuat utk pamerkan semua hasil jahitan ummi dr tahun lepas. 
Blog ini akan diupgrade dari masa ke semasa.

Terima kasih