Friday, 1 March 2013

Jahitan pertama

Assalamualaikum
Lama juga ye ummi tak update blog ni. Sibuk menguruskan hal-hal harian yang tak pernah habis.
Ummi menjahit bila ada masa terluang sahaja. Kadang-kadang tu ambil masa berhari-hari juga nak siapkan satu jahitan ni.
Ok la ummi nak tunjuk hasil jahitan ummi yang pertama. Hahaha....penangan lepas beli mesin jahit pada masa tu (tahun lepas). Bersemangat sungguh...hati berbunga-bunga. Macam-macam rancangan dalam kepala ni...nak jahit itu...nak jahit ini.


Ini dia hasil jahitan ummi yang pertama...jeng...jeng. Ummi guna kain cotton. Corak bunga ros kecil...nampak klasikkan. Suka sangat dengan kain jenis cotton ni sebab ia menyerap peluh dengan baik, berbanding dengan kain jenis yang lain.



Ok la sampai sini dulu...ummi ada urusan lain nak dibuat. Nanti ummi sambung cerita lagi...tata

No comments:

Post a Comment