Saturday, 25 May 2013

As salam semua. 
Ummi nak cocet lagi....baru ni ummi cuba jahit benda baru iaitu
reben & kolar baju kanak2. Jadi la juga walaupun first time jahit....nak tau ummi belajar kat mana....
youtube la mana lagi, ummi takde masa nak belajar kat orang lain.

Nak tengok hasilnya...jom lihat hasilnya


Simple je nak buat ni. Gunting kain1 potong empat segi sama or empat segi tepat untuk reben & 
gunting kain2 untuk yang tengah. 
Jahit jelujur di tengah kain1 tu,  tarik benang untuk jadikan kedut. Lepas tu ikat dengan kain2 & jahit. 
Maka jadi la seperti dalam gambar.

Sekarang ummi nak tunjuk pula kolar pada baju kanak2. 
 

Yang ni ummi ikut contoh baju anak ummi yang lama.
Draw gambar half moon je, gunting & jahit, then jahit pada baju....senangkan ;-)

Tata...kita jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment