Tuesday 24 February 2015

D I Y Pewangi Fabrik

  Jom kita buat pewangi fabrik sendiri!
Murah & jimat belanjakan.
Semestinya bebas bahan kimia merbahaya & natural.
Follow cara buat kat bawah ni ye


DIY Pewangi Fabrik

Bau busuk pada kusyen, langsir, karpet dan sofa memang agak merunsingkan. Namun jangan risau kerana anda sebenarnya boleh cuba menghasilkan pewangi fabrik sendiri. Lebih menjimatkan. Jom ikuti langkah berikut.

Bahan-bahan:
·         Pelembut kain
·         Soda bikarbonat
·         Air
·         Botol Penyembur
 
Langkah-Langkahnya:
1.       Masukkan 1 sudu soda bikarbonat dalam segelas air
2.       Seterusnya satu penutup pelembut kain.
3.       Kemudian kacau sehingga campuran tersebut sebati
4.       Akhir sekali, masukkan campuran yang telah siap ke  dalam botol penyembur.

Siap untuk digunakan. Anda boleh semburkan pada semua fabrik di ruang tamu, bilik dan dapur.

Petikan drp: Wan Erni Liza Md Izatzi
 

No comments:

Post a Comment