Tuesday, 19 August 2014

Sayangi diri anda....kenapa ambil risiko

As salam, semua. 
Kali ni umi nak berbicara pasal bende lain juga.
'Sayangi diri anda'. Kenapa ye tetiba umi duk cakap pasal ni. Sebenarnya terbaca pasal keratan berita ni. Ramai wanita yang nak cantikkan. Macam umi pun nak cantik & menawan juga :-) Sanggup berhabisan duit beli produk kecantikan yang kadang-kadang tu mengandungi bahan kimia membahaya. Contohnya seperti produk Tabita. Kementerian Kesihatan Malaysia dah keluarkan notis menyatakan produk ini merbahaya. Ia didapati mengandungi hidrokuinon, tretinoin, asid salisiklik & merkuri. 

Maka sudah sah produk wajah ini sangat merbahaya! Dan sudah semestinya ia membahayakan kesihatan kita.

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/302419_608099849203091_1808522921_n.jpg 

Dan baru-baru ini, ummi terjumpa ia masih lagi dijual. Dan masih ada lagi pengguna yang masih membeli produk wajah ini (ia berlaku depan mata umi sendiri). Adakah penjual itu tidak peka dengan hal ini. Kita sebagai pengguna harus peka & bijak untuk membeli produk yang selamat.

Kesimpulannya terpulanglah kepada kita sebagai pengguna & masyarakat untuk memilih yang terbaik. 
Ibarat Tepuk dada tanya selera.
Terlintas dihati dah tahu membahaya, kenapa masih mahu ambil risiko.
 'Sayangi diri anda'

more info baca SINI 

No comments:

Post a Comment