Wednesday, 8 October 2014

Dress Pleated

As Salam.
Ingat tak lagi post Next Project sebelum ni. Ummi nak jahit dress pleated yang labuh.


 Dress ini dijahit untuk dipakai pada Hari Raya Haji 2014 baru ni.
Dress ini untuk anak perempuan ummi yang sulung.
Bukan main bergaya sakan dia, sedondon dengan shawl warna pink yang ummi jahit sekali.
Nak tengok hasilnya, jom sama-sama kita lihat.

tadaa...ini hasilnya...


Alhamdullillah siap juga :-)

Saturday, 20 September 2014

Friday, 19 September 2014

Koleksi Dress Peplum a.k.a gaun kembang payung

Salam semua...hai kawan2
Ini antara koleksi yang ummi jahit ye
(tak lama sgt).

Masih ada (kalu sesiapa nak blh la wassap ummi ye)

Sudah bertuan. Sold Out.

Kedua-dua dress peplum ni ummi jahit akhir tahun 2013.

Next Project

As salam di pagi Jumaat yang mulia.

Sempena Hari Raya Haji 2014 bakal tiba tak lama lagi nikan. 
Ummi sedang merancang utk menjahit long dress utk anak dara ummi. 
Ini lakaran kasar design dress.
(sorry bukan amatur, kira boleh lukis ok dahkan).


Kita tunggu hasilnya nanti yek...:-)

Friday, 5 September 2014

Jubah a.k.a dress labuh

Asyik jahit baju budak je kan.
Ummi  try jahit dress kembang sehasta pula.
Yang ni ummi punya.
Sehabis kain ummi guna untuk buat kembang jubah ni.

Material: Korean Cotton
First time guna cotton ni.
Memang best cotton ni sebab jalinan benangnya padat & lembut & tak keras.
Lagi satu, corak-coraknya yang unik.
Lihat kain ummi beli ni corak bunganya besarkan. Tapi tak serabut, i like it, (pink pulak tu... geh..geh).

Potongan or design apa, jangan tanya...ikut ummi gunting je...hahaha.
*Nanti ummi study balik. Buat research kat en Google ye*

Ummi beli kain ni di Cotton Craze
Jom pakat ramai-ramai singgah di Cotton Craze. Macam-macam jenis cotton ada dijual di sini tau.


Ok tak hehehe...;-)

Sunday, 31 August 2014

Pewarna makanan beracun

As Salam semua,
be alert....

Baru-baru ni ada terbaca, pewarna makanan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan
kita untuk jangka masa panjang tanpa kita sedar.

Memang terkejut juga sebab umi selalu guna pewarna ini dalam masakan
baruku tahu....huhuhu :-(

Tolong kepada sesiapa yang baca info ini sila sebarkan untuk keselamatan kita semua.



 








Thursday, 21 August 2014

Gaun Muslimah

Gaun Muslimah utk anak2 perempuan yg comel.
Menutup aurat & sopan.
Didik anak kita berpakaian cara sunnah.
Jom kita lihat koleksi yg ada






Tuesday, 19 August 2014

Sayangi diri anda....kenapa ambil risiko

As salam, semua. 
Kali ni umi nak berbicara pasal bende lain juga.
'Sayangi diri anda'. Kenapa ye tetiba umi duk cakap pasal ni. Sebenarnya terbaca pasal keratan berita ni. Ramai wanita yang nak cantikkan. Macam umi pun nak cantik & menawan juga :-) Sanggup berhabisan duit beli produk kecantikan yang kadang-kadang tu mengandungi bahan kimia membahaya. Contohnya seperti produk Tabita. Kementerian Kesihatan Malaysia dah keluarkan notis menyatakan produk ini merbahaya. Ia didapati mengandungi hidrokuinon, tretinoin, asid salisiklik & merkuri. 

Maka sudah sah produk wajah ini sangat merbahaya! Dan sudah semestinya ia membahayakan kesihatan kita.

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/302419_608099849203091_1808522921_n.jpg 

Dan baru-baru ini, ummi terjumpa ia masih lagi dijual. Dan masih ada lagi pengguna yang masih membeli produk wajah ini (ia berlaku depan mata umi sendiri). Adakah penjual itu tidak peka dengan hal ini. Kita sebagai pengguna harus peka & bijak untuk membeli produk yang selamat.

Kesimpulannya terpulanglah kepada kita sebagai pengguna & masyarakat untuk memilih yang terbaik. 
Ibarat Tepuk dada tanya selera.
Terlintas dihati dah tahu membahaya, kenapa masih mahu ambil risiko.
 'Sayangi diri anda'

more info baca SINI 

Monday, 18 August 2014

Jus Mutiara Kasih

AS SALAM semua. GOOD MORNING :-). 
Ceria sikit pagi-pagi ni, senyum sokmo geh geh geh.

Bangun awal pagi nak cerita satu bende sikit. 
Hahaha....lari tajuk sikit ek....puas gak asyik cerita, posting, upload pasal baju2 nikan. 
Nak khabo pasal produk kesihatan dalam utk wanita laaa.
 Nama produk ni Jus Mutiara Kasih. 
Umi dah amalkan hampir sebulan. Alhamdulliah, first yang umi perasan & terasa kelainan ialah semakin bertenaga. Nampak perubahan bila dah makan seawal 5 hari. Memang diakui umi cepat letih & lesu. 
Yelah mana nak urus rumah, masak, jaga 2 anak kecil lagi, hantar ambil anak-anak ke sekolah, nak jahit lagikan. Memang rutin harian umi memenatkan. Belum masuk lagi karenah anak-anak & orang tu. Memang teremosional la jugakan. 
So, untuk atasi kepenatan yang dialami, cari punya cari umi terjumpa la produk ni. Serve pasal produk ni lama juga, nak yakin betul-betul. Sebab takut jugakan macam-macam hal pasal produk-produk yang tak selamat, ada racun la, takde kelulusan dari KKM la. Tawakal umi order juga sebab dah consume multivitamin pun tak jadi bende juga. Akhirnya memang diakui la Jus Mutiara Kasih ni memperbaiki kesihatan umi.
Rasa...sedap, pahit & manis gitu.

Ni gambar Jus Mutiara Kasih

 

Bukan setakat pulihkan tenaga, baik juga untuk kesihatan dalaman wanita. Kat gambar tu ada sebut kebaikan jus ni.
Mari cuba produk keluaran Muslim ni. Yang penting HALAL. 

Dimana nak dapat produk ni? Sesiapa yang berminat. Nak pulihkan tenaga & kesihatan dalaman, boleh order dengan Kak Liza ni ye.
Umi beli online je di sini
Jaga Kesihatan Peranakan/Rahim Anda


TQ

Friday, 15 August 2014

Kurung Moden 2014

Asyik Kurung Peplum jekan.
Apa kata kita lihat Kurung Moden pulak
Boleh juga lihat di page Butik Ummi utk sebarang pertanyaan.
Jangan lupa 'LIKE' juga.








Semua di atas masih lagi ada.
Jika ada sape2 berminat blh pm kat Butik Ummi ye

Terima kasih
:-)

Friday, 16 May 2014

Kurung Peplum 2 (2014)

Assalam semua, salam ceria & rahmat di pagi ini.
Sebelum ni ummi ada upload gambar di Kurung Peplum Gegel 1 kan, 
sekarang ummi nak tunjuk lagi antara jahitan-jahitan ummi yang telah dibuat sebelum ni.
Jangan lupa boleh tengok semua ini di Butik Ummi juga ya ;-)

11

12

13

14

15

16

Ok, ini antara kurung peplum yang telah ummi jahit. Semua koleksi masih ada & jika ada yang berkenan boleh hubungi ummi.

Akan datang ummi nak tunjuk pula long dress untuk anak-anak girl ye.

Senyum sokmo semoga ceria hidup kita ;-)

Sunday, 11 May 2014

Kurung Peplum 1 (2014)

Antara baju kurung peplum utk pelbagai
umur budak. Koleksi ni tidak semua umur budak ummi jahit.
Kerana ia bergantung kepada stok kain yang ada.

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Ok ni antara koleksi kurung peplum untuk gegel. 
Ada yang berkenan boleh la contact ummi ye...raya nak dekat ni, memang comel untuk anak-anak.
Ada banyak koleksi lain akan menyusul, tunggu ya.

Atau boleh juga lawati Butik Ummi untuk lihat koleksi jahitan ummi ya.
Kalau boleh 'like' sekali ;-)

Selamat menjamu mata ;-)

Thursday, 1 May 2014

Mesin Idaman

Dah lama benor ummi nak beli mesin jenis ni.
Tapi tu memandangkan harganya yang mahal sikit, simpan je la hasrat ni sementara waktu.
Insyaallah ada rezeki ummi nak beli satu (akan ummi usahakan juga).
Kalu ada yg boleh jual muroh...memang ummi nak...

Nak tau sebab apa ummi berkenan sangat dengan mesin Brother 3034D ni, hah...mesin ni boleh kelim tepi tudung & kain t-shirt/lycra. Jahitan akan lebih kemas & teguh.
Ummi nak cuba jahit tudung pulok.
Tu yang berkenan sangat dengan mesin ni.


Baju gegel lagi....

Salam sayang semua hehehe.
Sibuk sikit ye tu yg lama tak update.
Jom jamu mata tgk hasil jahitan ummi
baju budak gegel lagi.....:-)
















Wednesday, 30 April 2014

Tutorial jahit reben 2

Ok jahit reben ni mungkin mudah berbanding sebelum ni.
Jom nengok sama-sama. Harap blh faham, biar gambar yg berkata2


(1) Gunting kain segi empat sama atau segi empat tepat pun blh

(2) kain tu lipat dua kat tgh2, mcm gambar bwh

(3) kain lipat kanan mesti tindih atas kain lipat kiri, tgk betul2

(4) jahit kat hujung kain

(5) Jahit dua bhgn mcm ni

(6) pastu jahit jelujur kat tgh2 kain

(7) lps jelujur, tarik benang tu

(8) tarik rapat2 jadi mcm ni

(9) simpul ikatan benang

(10) taada jd reben, kembang2kan kain tu ye

SELAMAT MENCUBA ;-)