Antara kain-kain yang nak dijahit.
Wednesday, 27 March 2013
Saturday, 23 March 2013
Peplum dress + long pants
Assalamualaikum semua.
Taa da...siap juga.
Inilah hasilnya....peplum dress with long pants, antara project yang ummi war-warkan sebelum ini.
Anak ummi ni tak suka pakai kain or skirt, rimas katanya. Alternatifnya ummi buatkan seluar untuk dia. Anak ummi ni cerewet & dia suka yang ringkas.
Inilah hasilnya....peplum dress with long pants, antara project yang ummi war-warkan sebelum ini.
Anak ummi ni tak suka pakai kain or skirt, rimas katanya. Alternatifnya ummi buatkan seluar untuk dia. Anak ummi ni cerewet & dia suka yang ringkas.
Patern 6
Comel jugakan. Biasanya orang akan padankan dengan kain/skirt duyung. Tapi ummi nak cari kelainan sikit untuk anak ummi boleh pakai hari-hari.
Memang dia suka sangat.....
bila dia pakai she said 'sukeee, muah luv u'....kata-kata penghargaan seorang anak kepada umminya
(rasa nak nangis juga...dalam senyuman)
Sunday, 17 March 2013
Peplum oh peplum
Tengah 'hot' sekarang blouse peplum ni kan.
Ummi try jahit utk anak perempuan ummi yang sulung.
Rata-rata ummi lihat blouse peplum mesti mengunakan material kain yang lembut seperti chiffon & lycra.
Nak cari kelainan, Ummi guna kain cotton. Ok jugakan.
Jadi juga kembang payung nye itukan. Tak nampak keras pun.
Anak ummi panggil blouse ni blouse skirt.....hehehe.
Ikut suka la anak ummi :-)
Wednesday, 13 March 2013
Baju kanak-kanak
Bismillahirrahmanirrahim
&
Assalamualaikum
Kali ni ummi nak tunjukkan pula baju kanak-kanak yang telah dijahit. Ummi jahit untuk anak perempuan ummi yang berumur 2 tahun 4 bulan. Semua baju ini dijahit pada tahun lepas.
Kali ni ummi nak tunjukkan pula baju kanak-kanak yang telah dijahit. Ummi jahit untuk anak perempuan ummi yang berumur 2 tahun 4 bulan. Semua baju ini dijahit pada tahun lepas.
Tuesday, 5 March 2013
Sejarah
Busy...busy...busy...Ya ampunnn...sibuknye ummi ni ye. Ni pun ummi ambil masa sikit nak menulis blog lagi (rindu nak tulis mcm2...heeleh)
Ok la...kita sambung story lagi. Macam mana ummi tahu menjahit...mungkin bakat daripada emak ummi. Emak ummi memang pandai menjahit walaupun hanya pandai menjahit baju kurung & ada mengambil tempahan jahitan daripada orang kampung.
Sebab suka tengok emak jahit baju & belajar sikit-sikit daripada emak, maka dengan sendirinya ummi sudah pandai jahit baju ketika ummi tingkatan 3 lagi (baju kurung je...).
Lepas SPM, ummi ada belajar jahit secara tak formal dengan seorang makcik tukang jahit (lupa nama dia). Kedai tu dekat dengan sekolah ummi dulu. Selalulah ummi intai-intai dalam kedai makcik tu tengok dia menjahit...dia ada offer kerja sambil belajar pada ummi bila dah habis SPM nanti. Haha...apa lagi ummi setujulah & terima tawaran makcik tu.
Huhuhu...tak lama pun ummi kat kedai tu (anggaran dlm 2 bulan mcm tu), memang tak banyak mana ilmu jahitan ummi belajar dengan makcik tu. Lepas tu ummi dapat tawaran sambung study kat Uitm & UM. Memang rasa berbelah bahagi masa tu...nak teruskan jahitan atau sambung study. Akhirnya ummi pilih sambung belajar. Maka jahitan terbiar macam itu sahaja....
Ok la ummi nak tunjuk lagi jahitan seterusnya...
Blouse ni adalah jahitan ke 2 ummi. Kain ni ummi beli online. Material english cotton & memang best. Kain ni corak paisley. Ummi jatuh cinta betul dengan corak paisley ni.
Close up
Ni jahitan ke-3. Material viscose, bukan jenis yang mudah reput tu, jenis teguh & tak mudah koyak. Tapi yang sukenya ummi dapat beli murah...hahaha. Siapa nak boleh contact ummi kalu nak kain jenis ni ye.
Jahitan ke-4, peasant blouse. Hahaha...first time jahit blouse jenis ni. Belajar jahit ni melalui internet, jadi juga ummi buat.
Blouse ni jahitan ummi ke-5. Kombinasi color sangat sweet. Ummi design sendiri & suka sangat jahitan ni.
Setakat ni aje dulu ummi upload gambar jahitan ummi. Nanti ummi akan upload lagi sebab ummi ada hal lain pulak. Kita jumpa lain masa, tak sabar nak show lagi jahitan ummi ni...
~Tata~
Friday, 1 March 2013
Jahitan pertama
Assalamualaikum
Lama juga ye ummi tak update blog ni. Sibuk menguruskan hal-hal harian yang tak pernah habis.
Ummi menjahit bila ada masa terluang sahaja. Kadang-kadang tu ambil masa berhari-hari juga nak siapkan satu jahitan ni.
Ok la ummi nak tunjuk hasil jahitan ummi yang pertama. Hahaha....penangan lepas beli mesin jahit pada masa tu (tahun lepas). Bersemangat sungguh...hati berbunga-bunga. Macam-macam rancangan dalam kepala ni...nak jahit itu...nak jahit ini.
Ini dia hasil jahitan ummi yang pertama...jeng...jeng. Ummi guna kain cotton. Corak bunga ros kecil...nampak klasikkan. Suka sangat dengan kain jenis cotton ni sebab ia menyerap peluh dengan baik, berbanding dengan kain jenis yang lain.
Ok la sampai sini dulu...ummi ada urusan lain nak dibuat. Nanti ummi sambung cerita lagi...tata
Subscribe to:
Posts (Atom)