Wednesday 29 January 2014

Tutorial jahit reben 1

Kali ni ummi nak tunjuk cara jahit reben. Kat mana nak letak reben ni ek...mana2 boleh, jahit kat baju nak kasi comel baju tu, tepek kat cekak/pin rambut pun boleh, nak kasi cantik pencil box anak2 pun ok juga (kalau dah takde keje sangat la tu kan :-) hehehe...). Sape-sape nak ikut sila tengok gambar kat bawah la ye....selamat mencuba :-)


Cara-caranya:

Gunting kain panjang 15 inci x lebar 8 inci.
 
Cantum lebar kanan & kiri kain & jahit.

Kain yg sudah dijahit.

Terbalikkan jahitan (mcm dlm gambar). Letakkan jahitan td di tgh2.

 Lipat kain td kpd 2 mcm gambar di atas. Pastu jahit.

Terbalikkan kain (mcm dlm gambar).

Pastu garisan jahitan letakkan di tgh2.

Pastu lipat la mcm ni

 Utk yg bhgn tgh, ikut langkah awal di atas skli.

 Masukkan kain reben td ke dlm kain gelung saiz kecil td.
Siap.

Langkah2 di atas rasa agak rumit jgkan, tak apa

tutorial utk jahit reben 2 akan menyusul kemudian yg lebih mudah & ringkas.

Selamat Mencuba

~~~tata~~~

Saturday 25 January 2014

Kain lycra

As salam, beberapa minggu lepas, ummi mencuba jahit kain lycra. Emmm...memang payah juga ye jahit kain jenis ni. Memang kena banyak-banyak sabor le jahit ni. Jom nak nengok hasilnya...komen sikit ye kawan.

Kain potongan A



Monday 13 January 2014

Jahit kain t-shirt

Tetiba ummi teringin nak jahit kain t-shirt@lycra.
Ummi tak pernah lagi jahit kain2 jenis ni. You all tau kan kain ni jenis yg leceh nak jahit (pd ummi la).
Maybe tukang jahit kata mudah jahit kain ni, tapi bagi ummi yg tak berapa mahir menjahit lagi ni
ummi rasa susah sikit nak jahit, dengan struktur kain yg memeri tu.

Percubaan pertama, ummi try jahit kaf tangan ni je dulu (gambar 1, atas), nak tengok mcm mane kain ni
mudah atau susah nak jahit.
Kaf tangan kain t-shirt tu ummi cantumkan dgn lengan kain cotton, mcm dlm gambar ummi tunjuk.



Pastu ummi try jahit lengan guna kain t-shirt pula utk dicantumkan pada kain cotton (gambar 2, bawah).


Macam ok je sebenarnya jahit kain t-shirt ni. Kalau hari2 jahit kain t-shirt atau lycra, confirm takde masalah. Lepas ni ummi nak tunjuk pula kain lycra & denim yg telah ummi jahit.

Tata...jumpa next chapter naaa...;-)

Saturday 11 January 2014

Welcome 2014

As Salam. 
Rasanya tak terlambat ummi ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014.
Tutup buku lama, kita buka buku baru pula, ok ;-)

Mcm yg sudah2, aktiviti jahit-menjahit dijalankan seperti biasa.
Fokus jahitan masih lagi baju kanak-kanak. Ummi jahit juga baju untuk orang dewasa, tapi tak banyak la.
Perancangan ummi tahun ni?....Ha nak tahu. 
Insyaallah, jika diizinkan Allah ummi sihat & tidak ada urusan/perkara diluar jangkaan kita (kita hanya merancang hanya Allah menentukan segala suratan takdir). Ummi nak menjahit readymade baju kurung peplum & jubah untuk kanak-kanak perempuan  umur antara 2 hingga 5 tahun shj untuk hari raya Aidilfitri 2014.


Kepada sesiapa yg berminat untuk memiliki peplum & jubah keluaran daripada hasil tangan JAHITAN UMMI (ummi jahit sendiri tau :-)) untuk anak2 kecil anda yg comel-comel belaka dengan harga berpatutan tunggu ya keluarannya .

SEkiaN saLAm sAynG
Muuaah